Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang kepada Remaja
Pendahuluan:
- zaman remaja sangat penting – perubahan dari segi fisiologi, fizikal, mental, emosi dan sosial – memerlukan makanan seimbang
- makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan
- mematuhi piramid makanan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan – diet harian perlu mempunyai karbohidrat, vitamin, protein
- terdapat beberapa kepentingan makanan seimbang kepada remaja
Isi-isi Penting:
- untuk merangsang tumbesaran seseorang remaja itu lebih sempurna daripada aspek fizikal – remaja memerlukan zat yang cukup untuk membantu tumbesaran – sekiranya tidak seimbang, tumbesaran akan terjejas – contohnya, jika kurang pengambilan protein, tumbesaran remaja akan terjejas –
- untuk menjanakan tenaga – kerana remaja perlu aktif – belajar dan melakukan aktiviti fizikal – sekiranya makanan tidak seimbang, mereka akan lemah – contoh, sekiranya remaja ke sekolah tanpa bersarapan, mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran – kajian oleh Awang Had Salleh mendapati terdapat perkaitan antara pengambilan sarapan dengan kecerdasan minda pelajar – Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah hasil daripada kajian beliau
- untuk menjamin kesihatan – pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian sangat penting – membekalkan vitamin dan mineral – contohnya, vitamin C dalam buah-buahan penting untuk menguatkan daya tahan badan – mengelakkan penyakit seperti selesema – kurang pengambilan makanan berlemak dan terlalu manis atau masin dalam diet harian dapat mengelakkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung – mencegah lebih baik daripada mengubati – kesihatan yang baik memastikan seseorang remaja dapat melakukan aktiviti tanpa masalah – kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit
- untuk mengelakkan masalah obesiti – kajian mendapati masalah obesiti penduduk dunia, termasuk dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat – masalah obesiti dapat dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang – pengambilan makanan berlemak dalam makanan ringan dan makanan segera menyumbang kepada masalah obesiti – kanak-kanak dan remaja tidak suka makan sayur-sayuran juga menyebabkan obesiti – oleh itu amalan-amalan ini perlu dihindari untuk mengelakkan obesiti – obesiti menyebabkan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta menyukarkan aktiviti harian
Penutup:
- pengambilan makanan seimbang amat penting kepada remaja
- mereka merupakan tonggak negara pada masa akan datang – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
- aspek pemakanan seimbang perlu diberikan perhatian untuk menjamin kesihatan remaja – George William Curtis pernah berkata, “Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan”
- remaja harus mengamalkan tabiat pemakanan seimbang untuk memastikan mereka sihat
.