Novel Tirani : TEKNIK PLOT + HURAIAN DAN CONTOH (Novel Tingkatan 5)
IMBAS KEMBALI – Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami
- Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.
- Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.
IMBAS MUKA – Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
- Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.
- Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.
- Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.
SASPENS– peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
- Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.
- Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.
- Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.
- Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.
- Peristiwa Zahid pertama kali Zahid melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya, apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.
KEJUTAN – Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.
- Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
- Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda , datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.
- Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.
- Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telahmenuduh Waheedabersubahat dengan pakar DNA.
- Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.
MONOLOG / MONOLOG DALAMAN – kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri.
- Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.
- Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.
- Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.
.