Novel Jejak Monpus : Sinopsis Bab 4, 5, 6
Kembara ke Tanjung Piai
– Zahar teringat akan janjinya dengan Malcom Tan untuk ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai
– Zahar memandang sekeliling hutan paya bakau
– Malcom memberitahu Zahar bahawa dia terjumpa seekor ulat bulu yang cantik, bulunya berwarna keemasan dan tajam-tajam pula
– Zahar terpukau melihat ulat bulu itu
– Malcom menyimpan ulat bulu itu di dalam sebiji botol plastik
– Menjelang senja, Zahar sudah mengumpulkan lima spesies ulat bulu yang baharu – Zahar bersyukur – berharap agar satu daripada spesies ulat bulu itu dapat menyelamatkan Pus Pus
– Pulang sahaja dari Taman Hutan Paya Bakau, Zahar terus ke makmal – tidak sabar-sabar lagi hendak menyelidik lima spesies larva tersebut
– Semalaman Zahar menghadap bahan eksperimennya – usahanya belum membuahkan hasil
– Zahar nekad untuk ke Pulau Pisang
.
Meredah Hutan Kem Kaizen
– Kelab Biologi Alam, Fakulti Sains Hayat UTM telah memilih Kem Kaizen sebagai destinasi kembara ilmu
– Kem tersebut dihuni pelbagai spesies ulat ulat bulu
– Dr Azura, seorang pensyarah muda memberi kuliah yang memberangsangkan kepada semua peserta
– Sewaktu minum bersama Malcom, tiba-tiba Munirah rakan sekuliah mereka meminta izin untuk duduk – dia duduk di sebelah Zahar
– Tidak lama kemudian, Mawar melintas di hadapan mereka
– Zahar menegur Mawar
– Munirah tidak senang melihat kemesraan Mawar dan Zahar
– Sewaktu meniti jambatan kayu, seekor ulat bulu melekat pada baju Munirah
– Munirah melompat-lompat kegelian lalu terjatuh ke dalam kolam
– Zahar terjun ke dalam kolam lalu menarik Munirah ke tebing
– Mawar memandang mereka dengan rasa cemburu
– Pelbagai aktiviti telah dilalui oleh Zahar dan rakan-rakannya sepanjang tiga hari berada di Kem Kaizen itu
– Kini tibalah aktiviti yang dinanti-natikan oleh Zahar, iaitu aktiviti mencari pacat dan serangga
– Zahar leka mencari ulat bulu pengganti Pus Pus
– Zahar terpandang seekor ulat beluncas, dekat dengan jurang
– Sewaktu mendekati ulat bulu itu, Zahar tergelincir lalu jatuh ke dalam jurang
– Perkhemahan Kembara Biologi Alam berakhir – semua pulang ke rumah masing-masing
– Keesokannya, Malcom dan Fikri datang melawat Zahar
– Zahar mengajak rakan-rakannya ke makmal
– Zahar menunjukkan penemuan baharunya kepada Malcom dan Fikri – rama-rama tebuan bulan atau nama saintifiknya Sesia apiformis
.
Kejadian Misteri di Pulau
– Penduduk pekan bekerja di ladang getah, kelapa sawit, dan kebun
– Kebanyakan anak muda bekerja di kilang-kilang di Pekan Nanas
– Kehadiran warga asing menyebabkan pintu rezeki anak-anak muda tertutup – akhirnya, mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat
– Ripin, salah seorang anak tempatan yang terjebak dalam aktiviti tidak bermoral
– Ripin pernah dibelasah oleh Zahar kerana mencuri tong gas yang diletakkan di luar dapur rumah Zahar – sejak peristiwa itu, dendam Ripin terhadap Zahar meluap-luap
– Zahar mahu ke Pulau Pisang – meminta izin daripada ibunya, Qistina
– Qistina tidak sampai hati mahu menghampakan Zahar – memahami minat Zahar – sikap tegasnya tidak ubah seperti sikap ayahnya
– Lelaki yang dikatakan Faridah sebagai pak ciknya tempoh hari mengingatkan Qistina kepada Baharuddin – lelaki itu mirip betul dengan Baharuddin
– Zahar, Fikri, dan Malcom ke Pulau Pisang dengan menaiki bot
– Zahar dan rakan-rakannya masuk jauh ke dalam hutan
– Zahar tercium bau hancing
– Zahar ternampak seekor ulat bulu yang besar di hadapannya
– berasa seram
– Tiba-tiba angin berhembus kuat – angin kencang berpusar
– Beberapa minit kemudian, angin reda – ulat yang besar tadi sudah menjadi kecil – bentuk dan warnanya cantik dan unik
– Zahar terpukau melihat keunikan ulat itu