Sinopsis Bab 13, 14, 15

Novel Jejak Monpus : Sinopsis Bab 13, 14, 15

Demam Perasaan

– Seperti biasa, setiap waktu pertama hari Isnin Qistina masuk ke kelas 5 Gigih

– Sebelum memulakan sesi pembelajaran, Qistina mengarahkan murid-muridnya menghantar buku latihan mereka

– Umar salah seorang anak muridnya tidak menyiapkan kerja rumah – memberikan alasan kambingnya beranak

– Pada suatu hari ketika sekolah mengadakan Perkampungan Ilmu untuk calon-calon SPM di sekolah, Umar meminta untuk balik ke rumah – memberikan alasan mahu memberi kambing makan

– Malam itu, Qistina terpaksa ke rumah Umar untuk memberitahu ibu bapa Umar bahawa Umar diserang demam panas secara tiba-tiba

– Daripada adik Umar yang berumur 6 tahun Qistina mendapat tahu bahawa:

– Ayah Umar ada di hospital – tidak boleh bernafas akibat diserang ulat

– Kambing mereka pula sudah mati kerana digigit ulat

– Qistina terkejut menerima perkhabaran itu

– Qistina berasa kasihan akan Umar

– Qistina berharap agar Zahar dapat mencari penawar bagi serangan ulat bulu berintik hitam itu dengan segera

.

Ke Pulau Lagi

– Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang – Fikri menolak kerana berasa serik

– Zahar cuba memujuk Fikri

– Akhirnya, Fikri bersetuju setelah melihat mata Zahar bergenang

– Keesokannya, mereka ke Pulau Pisang

– Kedatangan mereka ke pulau itu kali ini disambut curahan hujan

– Walaupun hujan lebat, Zahar masih ingat tempat dia menemui Morgan dahulu

– Fikri ternampak beberapa ekor ulat bulu berwarna hitam biru merayap-rayap – ulat itu hampir serupa dengan spesies Morgan

– Fikri memberitahu Zahar tentang ulat-ulat bulu itu

– Zahar hampir tidak percaya dengan apa-apa yang dilihatnya – beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan spesies Morgan sedang makan daun-daun hijau

– Beberapa kelompok spesies Morgan sedang merayap di tanah menuju ke arah daun bersaiz lebar tadi

.

Dendam Masih Membara

– Ripin begitu marah apabila mendapati benih sawitnya habis dimakan ulat

– Bagi Ripin, semua yang berlaku disebabkan oleh ulat Zahar – kemarahannya makin meluap-luap

– Pagi itu juga, Ripin ke rumah Zahar untuk meminta ganti rugi

– Ripin melontarkan kata-kata kesat kepada Zahar – menerpa ke arah Zahar – menumbuk dan menyepak Zahar

– Zahar tidak mengalah – menyerang balas Ripin

– Ripin rebah

– Keesokannya, cerita Ripin menyerang Zahar tersebar ke seluruh kampung

– Warung Pak Mail menjadi tempat berhujah – rumusan yang dibuat, Zahar jugalah yang bersalah – Zahar dan ulat-ulatnya mesti diusir dari kampung itu

– Fikri memberitahu Zahar bahawa ulat bulu ada musuh semula jadi seperti serangga parasitoid atau pemangsa – musuh semula jadi inilah yang mengawal populasinya

– Zahar begitu teruja – nampaknya ada jalan penyelesaian

– Zahar dan Fikri berfikir

– Fikri mengatakan bahawa dalam persekitaran ladang sawit, ada banyak tanaman bermanfaat yang menghasilkan nektar – tanaman inilah yang melanjutkan tempoh hayat ulat bulu berintik hitam

– Semuanya semakin jelas – ladang kelapa sawit di situ yang merangsang pembiakan ulat bulu berintik hitam

– Zahar memutuskan untuk melenyapkan spesies Morgan – Morganlah yang menjadi punca ulat bulu itu membiak

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s